Thursday, May 28, 2009

PENTARAMA

















Persembahan PENTARAMA hiburan bermaklumat “Ceria Berinformasi”, iaitu 'Penerangan Melalui Nyanyian, Tarian dan Drama' telah diwujudkan pada tahun 1971 selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu alternatif baru Jabatan Penerangan ketika itu dalam usaha untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat berhubung dengan isu-isu semasa dan pemahaman tentang Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.

Ini kerana Kerajaan menyedari bahawa peristiwa 13 Mei telah memberi banyak kesan dan perubahan kepada masyarakat. Seiring dengan itu, Jabatan memikirkan bahawa konsep, corak dan penyampaian maklumat kepada masyarakat juga harus diubah, sesuai dengan peredaran masa. Justeru itu, PENTARAMA diwujudkan bagi menggantikan peranan tayangan wayang gambar yang semakin kurang diminati.

Cawangan PENTARAMA Jabatan Penerangan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1971. Ketika itu, anggota PENTARAMA pemuzik dan artis terdiri dari kalangan anggota tetap jabatan dan pinjaman dari Jabatan Kebudayaan.

Pada tahun 1978 Jabatan mengambil anggota sambilan. Mulai 1999 anggota sambilan dilantik secara kontrak yang terdiri daripada Pengarah Lakon, Penyelia Muzik, Jurusolek, Pereka Set dan Artis. Manakala Juruteknik dan krew adalah anggota tetap.

DEFINASI PENTARAMA
Kaedah Penyaluran maklumat mengenai Dasar dan Program kerajaan melalui Komunikasi bersemuka termasuk Media Tradisional, Infortaintment dan Education.

PENDEKATAN
Menggunakan pendekatan Komunikasi bersemuka termasuk media tradisional.

ELEMEN
Ucapan Pemimpin
Ucapan Ketua Unit
Masej melalui - nyanyian, tarian,lakonan dan jurucara.

OBJEKTIF CAWANGAN
Menyampaikan maklumat supaya masyarakat menyokong serta menerima falsafah, wawasan dan dasar-dasar kerajaan melalui aktiviti seni dan budaya persembahan pentas.


PENTARAMA DI FELDA TENANG 19 MEI 2009 ( SELASA )
9.00 MLM


















PARA ARTIS PENTARAMA SEDANG MENJALANI LATIHAN UNTUK PERSEMBAHAN YANG AKAN BERLANGSUNG PADA WAKTU MALAM


















STAF PENERANGAN BESUT TURUT MENGHADIRI PENTARAMA INI.


















TERDAPAT PELBAGAI GERAI DI BUKA UNTUK ORANG RAMAI




PERSEMBAHAN DI MULAKAN DENGAN TARIAN YANG DI ANGGOTAI OLEH ARTIS PENTARAMA YANG TERDIRI DARI 15 ORANG DAN 20 ORANG KREW YANG BERTUGAS










0 comments:

Post a Comment